jalan segak penuh bergaya.






Facebooktwitter

ALLAH'S SERVANT . PGSTA0812 . DONA . #TEAMKHEMAH . AN INTERIOR DESIGNER-TO-BE

Monday, February 11, 2013

2 JUTA



Kenai dak? Menipu kalau korang tak kenal. World Phenomenan 2012 ni. Adik saudara aku yang baru belajar merangkak pun boleh recognize lagu nie bila dah kena pasang. 

Actually, i've been waiting a long time to post this entry. And, Yes! Dah sampai masanya. People keep talking bout this since before CNY. Yang kononnya BN jemput PSY buat konsert Gangnam Style kat Penang sempena CNY. Itu aku still boleh leks. But, RM2,000000? *kira betul dak kosong aku tuh ada enam. hikhik. 2 juta 7 keturunan aku tak habis makan. *ok itu tipu. Setahu aku show dya 4 minit lebih je. RM2 JUTA tu ibarat 20 orang buat show 4 minit bertaraf Beyonce. *aku tipu lagi.

Yes, i admit. Bila lagu nie dah kena pasang, aku pun ikut ber-Oppa Gangnam Style. Macam nak menari pun ada. Tapi, bila tahu PSY kena bayar RM2 juta untuk show 4 minit, amboih, kaya nampak Malaysia. Ya, mungkin sempena nak bagi happy2 rakyat Chinese sempena CNY. Tapi, negara Islam kot! yang menjemput, merasmi, pemimpin Islam kot! Bila dipersoalkan kenapa tak bagi RM2 juta tu kat Palestine, Gaza, Syria, ada yang kata Malaysia dah bagi RM4 juta something2 untuk tolong diorang, Perdana menteri pun dah pegi lawat Palestine selama 6 jam.

But, in my opinion, tak salah tambah RM2 juta lagi kan untuk bantu negara Islam? Negara Islam bantu negara Islam. Dan 6 jam? *itu aku taknak komen. 

Aku tak kata salah nak berhibur, aku pun berhibur jugak. Even para Ulama' pun berhibur. *mengikut syariat. Tapi, RM2 juta dengan hanya melihat PSY melompat-lompat di atas pentas selama 4 minit tanpa mesej? Aku lebih rela Owl City datang Malaysia. Sekurang-kurangnya lagu dya certain ada mesej yang bermanfaat. Kalau tak percaya, replay lagu Gangnam Style tu 100 kali pun takkan ada mesej yang ingin disampaikan. 

Mungkin sesetengah orang akan kata..


"Takpayah nak kecoh sangat la. Kerajaan yang bayar, bukan duit kau."

"Apa pun, aku bersyukur kita dapat BR1M, BL1M, baucer RM100.."


Aku pulak kata, ingat itu duit kerajaan ka? Itu duit mak bapak hang! Ya, aku pun turut bersyukur segala bantuan yang diberikan. Tapi, cuba imbas kembali, kita dapat semua tu setelah 55 tahun Malaysia merdeka? PSY dapat untuk persembahan 4 minit. Dah la tak bermesej yang bermanfaat. RM2 juta pulak tu! Bagus bagi kat aku. Perumahan aku takde masjid. Al-maklumlah kawasan Cina. Hewhew.

Aku bukan nak memecah-belahkan rakyat Islam dengan non-Muslim. Tapi, apa faedah yang kita dapat dari Gangnam Style? Cara melompat yang superb? atau pakai spek di atas pentas walaupun tak bermatahari? Biarlah nilai seperti RM2 juta tu dilaburkan kepada benda2 yang membawa manfaat. Contohnya seperti membangunkan lagi negara. Jangan dilaburkan kepada perkara yang entah di mana manfaatnya. Lepas nie kalau nak jemput Justin Bieber sekalipun, tapi kalau ada manfaat, apa salahnya :D * ok, kidding.

So guys, kata nak mencapai Wawasan 2020. Jadilah rakyat yang bijak :)

No comments:

Post a Comment