jalan segak penuh bergaya.






Facebooktwitter

ALLAH'S SERVANT . PGSTA0812 . DONA . #TEAMKHEMAH . AN INTERIOR DESIGNER-TO-BE

Thursday, February 21, 2013

Tolong-Menolong

Ya, sekali lagi aku masuk ke kelas darjah 4. Penghuni-penghuni darjah 4 lebih pelbagai karenahnya berbanding darjah 3. Ketika itu aku mengajar subjek Hadis. Subjek yang pada suatu ketika dahulu aku sangatlah tidak menyukainya kerana proses penghafalan yang boleh menyebabkan kepala aku terletak rapi di atas meja beralaskan tangan aku sendiri. Dan sekarang aku percaya terhadap Qisas, "what you give you get back". Memang aku 'get back' dari murid-murid aku. Mereka pun serupa pemalas aku.

Pada hari itu aku tidak menyuruh mereka menghafal, aku berikan kerja 3 mukasurat. Ya, memang keluhan hebat daripada mereka habis tersembur ke muka aku. Namun, aku tidak peduli. Aku cikgu, mereka murid. Sungguh kejam aku tika itu.

Dek kerana seorang murid yang bernama Syafiq ini sangatlah pemalas dan kerap memberikan 1001 alasan, aku pun duduk di hadapannya bagi memastikan kerja yang aku berikan siap. Namun, memang ini Qisas tak henti-henti untuk aku. Pemalas pelajar ini tidak boleh dikawal. Tapak tangan sudah diberikan, pulasan sudah diberikan, tinggal tolak budak nie dari tingkat teratas menara KLCC lagi belum. Sekarang aku tahu, guru itu tabah.

Walau bagaimanapun, benar kata orang, pelajar yang nakal inilah yang banyak mencuit hati kita. Seorang rakan sekelas Syafiq yang duduk di sebelahnya mengajukan sebuah soalan kepada aku,


"Ustazah, soalan Latihan 2 (b) nie macam mana?"

"Itu buat sendiri, sebutkan 5 perbuatan baik."


Aku terdengar perbualan antara Syafiq dan raknnya itu,


"Syafiq, macam mana eja membaca?"

"Kau nie eja membaca pun ndak tau. Aku pun ndak tau. Hehe"

"Membaca apa aku mau tulis ahh?"

"Membaca Al-Quran la kau tulis."


Terdetik dalam hati aku, 'bagus juga budak Syafiq nie'. Aku menyambung semula mendengar perbualan mereka.


"Nombor dua aku mau tulis apa ahh?"

"Menolong."

"Menolong kedua orang tua la aku tulis."

"Jangan! Menolong Phineas and Ferb."


Lalu aku sekuat hati menyampuk,


"Oi!!!"



No comments:

Post a Comment